Saturday, June 27, 2009

A Tribute To Michael Jackson, The King Of Pop




Mikaeel - Islamic name

Sebelum memulakan tribute(penghargaan)kepada Raja Pop, Michael Jackson,ingin menjawab persoalan mengenai agama Michael Jackson terlebih dahulu.

Berikut adalah petikan kata-kata daripada abang Michael Jackson sendiri, Jermaine Jackson:-

May Allah be with you, Michael, always.

Rasa-rasanya memang betullah yang si Michael ini beragama Islam. Lagipun apabila funeralnya akan dilakukan secara private, berkemungkinan besar disebabkan akan dilakukan secara Islam. Jadi famili Michael taknak ada coverage besar-besaran pasal pengebumian.

Tapi media Barat semestinya tak akan kecohkan tentang fakta yang Michael Jackson seorang Islam. Maklumlah diorang pun agenda diorang sendiri. Jadi rasanya tak salah untuk kita sedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang kawan Muslim kita. Semoga roh Michael Jackson ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Michael Jackson mula menyanyi sejak berumur 4 tahun lagi. Pada awalnya MJ popular bersama kumpulan Jackson 5 dan seterusnya mula mengorak langkah untuk membina nama sebagai Raja Pop. MJ adalah pencipta kepada tarian Moonwalk(yang jalan ke belakang tue), pemegang rekod jualan album paling banyak (65 juta) dan merupakan antara artis pertama yang mengaplikasikan tarian dalam nyanyian.

Pernah datang ke Kuala Lumpur untuk tour, antara lagu-lagu popular MJ ialah Black and White, Smooth Criminal, You Are Not Alone, Thriller, Beat It dan banyak lagi. Pernah mengeluarkan 5 album selepas bergerak solo, kelebihan MJ ialah keunikan cara tarian dan kehebatannya semasa melakukan konsert.

Impak MJ kepada dunia pop sangat besar sehingga dikatakan mempunyai pengaruh yang sama besar dengan Elvis Presley. Kehebatan MJ terbukti apabila memperolehi hampir 100 juta setiap tahun untuk lagu-lagu beliau walaupun sudah lama tidak membuat album baru.

Perancangan terakhir MJ sebelum meninggal dunia ialah untuk membuat konsert bergerak bermula di London. Ternyata impian beliau tidak kesampaian kerana Dia lebih menyayangi MJ. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..

Friday, June 26, 2009

AKUM..seperti slalu ditaip dlm message..

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot('HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT')"


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"


Kalau setakat nak kata maksud tu sume leh cakap.. korang confirm ke dengan maklumat tu..? kalau setakat forward je email atau jumpe kat internet lepas tu paste pastu claim yg benda tu betul x ke bahaya?


Kita ni orang Islam selalu kena tipu dengan benda remeh2 ni... sebabnya x kembali kepada Islam.. Islam suruh kita bila dapat berita tu selidik kebenarannya ... bukan percaya bulat2..

Cuba tanye sender ni... dia tau ke benda ni betul? ke sekadar copy then paste..

Marilah kita jadi umat Islam yang bijak.

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.

Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "salam" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam
warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - salam"

Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam salam pada Anis ye" contoh lerr..

Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa,
walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan

"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan

Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan

perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah

kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform

A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk

orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud

'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang

bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan

dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,

KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Saturday, June 20, 2009


Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
1-Nurul Aishah Binti Mohamad nama diberi
2-berjawatan Setiausaha JPM ana di UniKL MIIT
3-Oghe Besut
4-Cute,macam baby face(jujur)!!
5-Rajin, kata Presiden..

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

LIMA FAKTA tentang diri ana :
1-Teramat meminati bola sepak,futsal dan seteru dengannya
2-Email pun terpampang team MU,amir89_manutd@yahoo.com.my
3-Pembawa harapan
mama abah,anak pertama katakan,ada seorang adik lelaki dan perempuan
4-Suka bergaul aka friendly,x tahu btulke x
5-Rasanya setiap semester suka tukar penampilan

LIMA HOBI ana :
1-Main Winning Eleben,PES,FIFA(masa lapang)
2-Menghabiskan masa menonton movie bm,eg,jp,korea dikala hujung minggu
3-Kumpul koleksi lagu yang menyedapkan halwa telinga,sampai naik penuh hard disk
4-Suka pergi rumah kengkawan jika habis kelas..rumah sendiri jauh dari kampus
5-Ada kelapangan main futsal dekat Setapak@Ampunk Point

Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
1-jat..sahabat karib lama
2-mira..dia suka meluahkan perasaan
3-abe..peminat setia anime
4-aminudin ni member sekolah ana dulu..
5-alia..blog dia bleh la tahan..

Monday, June 15, 2009









(Surah
Al-Anfal.Ayat:2)
“Sesungguhnya orang-orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka beRtambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya.”

HuraianSepotong ayat di atas sudah terang lagi bersuluh buat renungan kita bersama,bahawa betapa besarnya kegerunan
yang ada di dalam diri orang-orang yang beriman apabila dibacakan ayat Allah kepada mereka.Menurut ayat ini orang mu’min yang sebenarnya lagi sempurna harus mempunyai sifat yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya kerana takutkan kebesaran Allah serta bertambahlah keimanan mereka apabila membaca ayat-ayat Al-Quran.Mereka juga sentiasa bertawakkal kepada Allah dengan segala daya upaya yang ada bukan hanya tawakkal tanpa usaha dan amal.Kemanisan di dalam melakukan ibadah seperti solat yang mana mereka melakukannya dengan penuh khusyuk dan ikhlas terhadap Allah swt.

Dosa kecil yang dilakukan,bagi mereka dirasakan seperti gunung yang besar yang menunggu masa dan tikanya untuk menghempap mereka.Manakala bagi orang yang tidak beriman mereka tiada gentar dan takut dengan azab Allah serta beranggapan dosa yang mereka lakukan seperti berlalunya seekor lalat yang menghinggapi di pipi-pipi mereka.Begitu enteng sekali persoalan dosa pada pandangan mereka padahal dengan dosa yang dilakukan mereka akan dihumbankan ke neraka Allah swt.Berlainan pula dengan sikap orang yang beriman,mereka terlalu takut untuk berbuat dosa kepada Allah walaupun ianya kecil.


(at-Taubah: 112)MEREKA (para penjual jiwa raga dan harta) adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang rukuk dan sujud, yang menyuruh melakukan makruf dan melarang melakukan kemungkaran dan yang memelihara hukum-hukum Allah, dan sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

HuraianAllah s.w.t. memuji bagi hamba-hambanya yang rela menjual jiwa dan raganya serta hartanya kepada Allah s.w.t. dengan balasan syurga. Orang-orang yang sanggup melakukan jualan ini dan mengadakan urusniaga ini ialah golongan manusia yang terpilih yang mempunyai sifat-sifat yang istimewa.

Di antaranya ialah sifat-sifat yang berkaitan dengan diri sendiri dalam hubungan secara langsungnya dengan Allah s.w.t. dalam bidang perasaan dan syair-syair ibadat dan di antaranya pula ialah sifat-sifat yang berkaitan dengan tugas-tugas kerja yang harus dipikul oleh mereka di luar diri mereka untuk menegakkan agama Allah s.w.t. di muka bumi.

Mereka ini disifatkan orang-orang yang bertaubat dari dosa-dosanya, beribadat kepada tuhannya dalam kata-kata dan perbuatannya, memuji kepada Allah s.w.t., berpuasa, meninggalkan makanan dan minuman yang lazat, melakukan solat dengan rukuk dan sujud dan di samping itu melakukan solat dengan rukuk dan sujud dan disamping itu mereka menuntut dan mengajak kepada jalan kebaikan dan melarang mereka melakukan perkara mungkar dan menghormati hukum-hukum Allah s.w.t. sama ada terhadap dirinya atau terhadap orang lain. Allah s.w.t. memberikan khabar gembira bagi orang-orang mukmin kerana iman itu menjangkau semua sifat yang baik.

Surah al-Mukminun ayat 1-11Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

NatijahnyaAkhirnya, kesempurnaan iman seseorang itu akan mewariskan dia syurga Allah swt yg tertinggi. Mendapat kedudukan yg mulia bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat. Kehidupannya dimuliakan bukan sahaja makhluk dunia, malah dihormati di kalangan makhluk di langit. Bahkan kematiannya diratapi makhluk dunia serta ditunggu-tunggu oleh makhluk langit lantaran keimanannya itu membuatkan makhluk langit tidak sabar-sabar mahu melihat ruh mulianya.

Selamat beriman

Friday, June 5, 2009

JANGAN MENGELUH....

Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139
________________________________________

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45
________________________________________

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111
________________________________________

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129
________________________________________

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB:
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...