Saturday, October 22, 2011
Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama
Ramai yang leka. Sebenarnya Perkahwinan adalah soal tanggungjawab. Lelaki yang menikahi itu adalah seorang khalifah (ketua) yang dilantik di dalam sebuah kerajaan yang dipanggil (keluarga). Maka, sangat besar dan berat akan tanggungjawab seorang suami khususnya di dalam misi memelihara maruah isterinya dan memimpin isterinya menuju ciri isteri solehah.
Malang sekali, ada ramai lelaki yang awal-awal bergelar suami, sudah pun bergelar DAYUS di sisi Allah. Memang amat berat penyataan ini, namun buktinya boleh dillihat nyata di dalam maysrakat Melayu kita hari ini.
Sewaktu akad nikah berlangsung, isterinya duduk tidak jauh di satu sudut sambil tersipu malu. Mukannya berseri dengan solekan tebal, anggun di sebalik baju pernikahan yang cantik dan rambut hitamnya bersanggul kemas, diselitkan sekuntum bunga mawar. Tetamu-tetamu lelaki bukan muhrim melihat aurat rambut isterinya yang tidak bertudung itu.
Kemudian, di saat persandingan pula, persalinan pun ditukar. Si suami dan isteri berarak menuju jinjang pelamin. Suami segak berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan si isteri memakai tudung. Nampak lebih Muslimah tatkala melihat si isteri bertudung. Namun di bawah, terbujur sepasang baju pengantin yang sendat mengikut bentuk dada dan pinggang isterinya. Seperti ratu kebaya. Akibat rekaan sendat yang disengajakan, tetamu-tetamu majlis hari itu secara percuma dihidangkan dengan dua bonjolan cantik yang sangat ketara daripada dada isterinya. Bahagian lengan baju yang jarang menampakkan kulit lengannya yang putih melepak. Persalinan yang sendat hingga ke bahagian punggung dan peha akhirnya menyebabkan setiap kali isterinya berjalan, kain pengantinnya yang juga lembut melekat dan mengikut alur bentuk betis dan pehanya pada setiap langkah. Sangat seksi.
Para tetamu lelaki bukan muhrim yang berada di sekeliling terpaku melihat isterinya dan ada yang sambil memuji tuah si suami mendapat isteri yang cantik. Tetapi, di dalam benak nafsu serakah mereka, hanya Allah sahaja yang tahu. Nafsu mereka tercetus setelah melihat si isteri tadi dan beberapa di antara mereka sudah pun ‘merogol’ isteri lelaki tersebut di dalam fantasi kotor mereka. Kasihan, isteri itu telah ‘dinodai’ sebelum malam pertama bersama suaminya.
Pada saat raja sehari itu jugalah, secara rasminya si lelaki itu menjadi SUAMI YANG DAYUS. Dia telah mula menanggung dosa besar akibat maksiat mata dan akal yang telah dicetuskan oleh cara berpakaian isterinya yang tidak memelihara aurat dengan sempurna.
Jadi, apa pengajarannya wahai bakal-bakal pengantin sekalian ? Sila ambil berat soal aurat bakal isteri anda. Jangan awal-awal sudah jadi DAYUS
Sunday, October 16, 2011
Sejut pewut..
gegirl : ape dia awak?
boboy : setiap kali saya pandang awak tanpa bertudung, selangkah ibu bapa awak menghampiri neraka tau..itu baru saya, kalau campur dngn budak laki kelas awak, budak lelaki jiran-jiran awak..dengan masyarakat...agak2 la kan, mampu ke ibu bapa awak masuk syurga eh?
gegirl : hurmmm..,saya mintak maaf awak..lepas nih saya akan pakai tudung dan tu...
tup aurat saya"
boboy : awak jgn mintak maaf dengan sy...tp dengan Allah dan ibu bapa awak kerana tidak menjaga aurat"
gegirl : baik awak
boboy : haaaa..macam tu la anak Solehah...sejuk perut mak awak mengandungkan awak tau..:D
Saturday, October 8, 2011
Solat kita..
Tuesday, October 4, 2011
Lebih Hormat..
Lelaki non-muslim : kenapa wanita agama kamu menutup aurat?
Lelaki muslim : tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?
.....
Lelaki non-muslim : sudah tentulah yang masih dalam bungkusan
Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..
Tuesday, September 27, 2011
Dont says..
~ Dont say THANKS ~ Say JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA
~ Dont say TC BYE ~ Say FII AMAN ALLAH
~ Dont say GREAT ~ Say MASYAALLAH
~ Dont say OK ~ Say INSYAALLAH
~ Dont say IAM FINE ~ Say ALHAMDULILLAH
~ Dont say WOW ~ Say SUBHANALLAH..
Its more better and you will give PaHala too...^_^
Saturday, September 17, 2011
Penghuni Syurga..
" Dari Abu Hurairah r.a: “Rasulullah SAW bersabda: Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”
Hadith Riwayat Al-Bukhari
Huraian Hadith:
Kita sekarang dihidupkan oleh Allah di muka bumi dan selepas itu kita akan dikembalikan ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. Allah sudah menyatakan di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga.
Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya kerana setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Maka terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak ke syurga atau jejak ke neraka.
Sumber: murabbiy

