Sunday, April 22, 2012

kekasih vs kawan :)



Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...

KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..^^

Saturday, April 21, 2012

Subhanallah,Baiknyaaa






Baiknya Tuhan Kita
Subhanallah ^^

Wednesday, March 21, 2012

Masa sebelum tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a. : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

1. Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2. Membacalah selawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak.

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat"

"Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

4. Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.

Rujukan : Tafsir Haqqi


Adapun amalan Rasulullah sebelum tidur itu membaca Surah As Sajadah dan Surah Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca surah Al Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.Wallahualam

Friday, March 16, 2012

Manusia tidak pernah puas

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”

Hadis Riwayat Ahmad

Monday, March 5, 2012

Gangguan...



" Wahai Nabi,suruhlah isteri isterimu dan anak anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman,supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampuan,lagi Maha Mengasihani." Surah Al Ahzab ayat 59

Thursday, February 23, 2012

Menangislah,kerana ia menenangkan..^_^

Orang kata,anak lelaki jgn menangis.tak elok dipandang org.Sebaliknya,anak lelaki perlu kuat.Menangis itu hanya milik perempuan..Biar perempuan saja yg menangis kerana perempuan mmang mcm itu...!!

Persoalannya,benarkah begitu ek??Jika benar la,mengapa Rasulullah S.A.W menyebut,air mata org yg menangis kerana takutkan dosa-dosanya dan takutkan Allah,akan menghalangnya dari dibakar api neraka.Oleh itu,menangislah mengharapkan keampunan Allah kerana air mata itulah penyelamat diakhirat kelak.Sekaligus membuktikan,sesiapa saja tanpa mengira jantina,kalau perlu menangis,jgn diseksa air mata yg hendak jatuh.Biarkan ia menitis kerana itulah sifat naluri seorang manusia yg daif disisi Allah

Kajian psikologi turut membuktukan,menangis mampu meredakan kekusutan jiwa.Menangis mampu memberikan ketanangan.Oleh itu jgn sesekali dihalang.Biarkan air mata itu terus mengalir sehigga seseorang itu merasa puas...

Ia merupakan anugerah Allah,ada hikmah disebalik penciptaan air mata...
La-tahzan-innallaha-ma'ana”- Jangan bersedih Sesungguhnya Allah bersama kita
Subhanallah :)

Sunday, February 5, 2012

Rasulullah,We Love U ♥

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu..

Kami Cintakan Rasulullah
Kami Rindukan Rasulullah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...