Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud
menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani
dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu
keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan
redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat
untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan
duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
No comments:
Post a Comment