Tuesday, May 26, 2009

Baca dan Hayati..

Baca dan hayati Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini.....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "


"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk

Pak
Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Imam, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Imam
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah. ..


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman.... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun... dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.... tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama



Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka artikel ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam

Thursday, May 21, 2009

FREEMASON

Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya.

Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.

Diasaskan oleh Adam Weishaupt, seorang Freemason, Yahudi Jerman yang berfahaman Zionis. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Ingolstadt, Jerman. Asas segala semangat Zionis bermula dari dasar-dasar Adam Weishaupt. Walaupun begitu, Zionist merupakan musuh kita, tetapi bukan kaum Yahudi. Kita sebagai umat Islam dilarang menghina kaum Yahudi. Ini kerana, isteri Rasulullah S.A.W bernama Safiyah bt. Huyay (Bani Quraizah) keturunan Yahudi dari susur galur Nabi Harun A.S. Kita boleh berkawan atau berkahwin dengan orang Yahudi kerana mereka seperti kita juga.

Ramai di kalangan orang Yahudi sendiri menentang Zionis. Bagi mereka, Zionis golongan sesat yang menyembah Lucifer (Iblis). Apa yang penting, kita jangan ikut telunjuk Yahudi Zionis yang ternyata ingin memusnahkan kita. Yahudi Zionis adalah dari keturunan Khazars yang sememangnya menentang agama Islam, agama Kristian dan semua agama di dunia ini.

Lawat laman ini untuk maklumat lanjut.
http://www.bibliotecapleyades.net/bloodlines
http://www.thearrivals.blogspot.com
http://www.wakeupproject.com

TAMBAHAN:
Apakah Freemason?
Freemason adalah satu organisasi rahsia yg bermula dari zaman Mesir Purba sehingga kini yg dianggotai oleh lelaki yg dipilih oleh mereka, bermakna membership on invitation only.Mason bermakna tukang batu. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah penyambung generasi pembina Kuil King Solomon di Israel. Dikatakan mereka memegang rahsia pembinaan bangunan yang merangkumi manipulasi tenaga positif dan negative, elemen penting dalam pemujaan.Di Malaysia, kelab kebajikan (kononnya) seperti Lions, Rotary etc adalah sebenarnya cabang Freemason.Ada juga pendapat yang mengatakan yang mereka nih sebenarnya meneruskan misi Knights Templar


Pangkat dlm Freemason
Mereka ada pangkat2 tertentu. Ada dua sect yang popular, Scottish Lodge dan American Lodge. Ada 33 pangkat semuanya. Tapi di Amerika cuma ada 32 level, untuk ke level 33, mereka harus diiktiraf di Scotland. Lihat lambang kerajaan Amerika, cuba kira berapa helai bulu pelepah burung tuh pada kedua-dua kepaknya.Tapi harus diingat, tak semua ahli Freemason tahu mereka menganggotai satu persatuan yg amat berbahaya. Ini adalah kerana cuma kereka yg berpangkat 31 ke 33 (tertinggi) sahaja yang tahu tujuan dan motiv sebenar kumpulan ini. Ada satu pendapat utk peringkat tertinggi yang mengatakan ahli bahawan harus ditipu dan dialih perhatian mereka dari kebenaran kumpulan itu kerana mereka masih mentah.


Kelayakan keanggotaannya.
1. Bebas, bukan hamba sahaya.
2. Lelaki
3. Mempercayai Makhluk Agung sebagai pencipta, maknanya harus percaya pada kewujudan Tuhan.(Tuhan mana satu?)

Contoh-contoh Bangunan Freemason (Masonic Lodges)


Dikatakan Ini kat Johor, nauzubillah.

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

Sunday, May 17, 2009

Antara prkara yg "bermanfaat" daripada berCOUPLE;

1) Seronok (dapat fitnah)...


2) Seronok (dapat dosa)...

3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) Banyak habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)... tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan...

6) Banyak risau (takut awek org lain kebas... berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating... tak pulak risau!)...

7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...

Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj... .yg lain dah tak kisah.)...

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah... sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...

Jadi,tidak semua yang berCouple kekal selamanya..
Jadi berCouple??perlu ke?baik kahwin terus je..
X memeningkan kepala..

Wallahualam..

Friday, May 15, 2009

Thursday, May 14, 2009

Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.

Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...