Sunday, March 27, 2011

Sampai masanya..

...sampai masa tibanya waktu...

...redup hati kamu berdua...

...bila dua jasad bersatu..

...hidup mati jadi bersama...

~khas kpd mereka yg berkawen je...hehe

Wednesday, March 23, 2011

10 Langkah Menggapai Cinta Allah

Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

1) Membaca al-Qur'an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.
Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur'an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur'an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

"Membaca Al-Qur'an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia".

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur'an)

2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.
Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :"Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu".
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.
Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu'athilah, fir'auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita,baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.
Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu'.
Hati yang khusyu' tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.
Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur'an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.
Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."

Sumber: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh

Sunday, March 20, 2011

Kisah dalam kapal terbang..

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
Peramugari: (speechless)..tunduk malu...Tuan boleh gunakan tangki ini..minta maaf kerana mengganggu...

SOLAT ITU TIANG AGAMA
x kira,dimana,bagaimana dan mengapa
kerana ia merupakan satu keWAJIPAN kepada umat ISLAM

Renung-renungkan...

Thursday, March 17, 2011

Adoiiiiiiii

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Meon, sorang tu Doga dan sorang lagi Samat. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan Tok Imam tak senang duduk. Pada satu hari Tok Imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok Imam tu cabar 3 org tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si "Meon" pun berkata, "Tok Imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah depa 3 org tu ke surau.

Tok Imam pun suruh "Meon" azan. Tanpa berlengah terus je "Meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera Tok Imam merampas mikrofon daripada "Meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan "Meon".

Selepas iqamat, masa nak sembahyang Tok Imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok Imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

"Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si "Samat" jadi imam. Si "samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek Tok Imam kat si "samat" niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknye si "samat" berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassyatt aku semayang. He heee..."

mengucap panjang Tok Imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekiam...:)

p/s: jangan main2 dalam solat ye..
solat tu tiang agama.. kalau rumah takde tiang canne la???? fikirkan...

Monday, March 14, 2011

Awak...

petikan dari fb seorang member..
maybe ia tulus dari sanubari dia...

awak..
cantik2 tu nak pegi mane??
x maw ajak ka??
tapi lain kali pakai baju lengan panjang ye..
cover hand awak pakai tu singkat sangat..
...x sampai pergelangan tangan pun...
alamak!!

awak.....
kenapa seluar jeans tu ketat sangat...
nanti labuhkan baju ye..
x pon pakai yg longgar eh..
takot nanti Allah anggap awak perempuan yang berpakaian tapi telanjang..
jom kita jauhi azab Allah..
sesungguhnya azab Allah sangat la pedih..

Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
-Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”

Nauzubillahiminzalik....
semoga kita semua x termasuk dalam golongan tersebut...
Aminn

Sunday, March 13, 2011

Tsunami disaster at Japan...huhu

Gambar gambar kemusnahan akibat Tsunami

A massive earthquake triggered a devastating tsunami in northeastern Japan killing hundreds. [Reuters]

The magnitude of Friday's quake was the highest ever recorded in Japan [Reuters]


The 8.9-magnitude earthquake struck on Friday afternoon, creating gigantic waves. [Reuters]


Fires broke out and Japan's nuclear industry was on alert as reactors shut down automatically as a safety precaution. [Reuters]

Countries around the Pacific basin were put on tsunami alert. [Reuters]


Water submerged highways in the city of Sendai as the tsunami struck [AFP]

Lahawlawala Quwwata Illahil Aliil Azimm...kuasa Allah tiada siapa yg boleh melawanNya...bencana Tsunami (diambil dari perkataan Jepun itu sendiri) baru baru ini memusnahkan beberapa bandaraya di negara Matahari Terbit itu...banyak harta benda dan nyawa penduduk Jepun telah terkorban.Ini adalah antara bencana Tsunami terburuk dalam sejarah Jepun..huhu..

Ya Allah...Sungguh hebat kekuasaanMu

p/s: teringat waktu sekolah dulu,ustazah cakap Tsunami tu bermaksud
"Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad S.A.W Insaf"...
Wallahualam....
Allah lebih mengetahu sesuatu yg terjadi


sumber dari: Al Jazeera,ABC News

Friday, March 11, 2011

Sikap Wanita yang...


Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW; "Tiga daripada kebahagiaan: "Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.


Wallahualam

sumber:iluvislam.com

Monday, March 7, 2011

Hari Terbuka Tentera Darat @ Dataran Merdeka

pelbagai kelongsong peluru
kecik,besar,pnjang pendek mcm mcm ada...

Peace no War,
jangan sembur kimia kt saya sudahla ye...
x sempat nak ambik Ijazah nnti...hehe

abg ni kata kt saya..
"muka kena ketat baru org takut"
p/s: tentera yg menjaga dkt istana

bergambar dgn abg si pembawa helikopter
mmang berkuap la pakai sampai berapa lapis ntah..
p/s: suite lain sikit dari yg Tentera Udara

mcm kembaq Qabil Ambak si ekuestrian negara tu..
ni abg tentera berkuda..
skali tengok mcm tgh main polo pulak abg ni..hehe

muka bagi brutal sikit..mcm rambo x..haha
pengalaman pertama dgn senapang yg x diketahui jenisnya...
nampak mcm ringan tapi berat oooo..>10.5 kg


tetiba je nk tergelak..
spesis mcm maklong duk buat ABC tepi jalan je...
tapi jenis yg besar ni...lagi sdp kot ABC dia...haha

mula digunakan pada tahun lepas..
ni stok sebulan x basuh baju boleh la ni..hehe...
anggaran satu mesin 25kg boleh tampung...fuhh

weapon untuk outdoor..
lebih kurang spesis ASTRO jugak kot ni
askar pun tengok game MU vs Chelsea jugak taw...hehe

fuhh..gambar paling susah di'capture'...
tempat paling ramai ibubapa letakkan anak diorang kt atas tu..
kt belakang saya ni pun dah ada 2 orang budak...
siap tunggu no giliran nk capture ni...hehe


Banyak aktiviti menarik yang di adakan dan setengahnya mungkin belum pernah kita lihat seumur hidup kita, hanya mereka yang menjadi tentera sahaja mungkin mengetahuinya.

mood: mengenang kembali jasa para Tentera diRaja Malaysia
atas sumbangan dan pengorbanan mereka..
kerna ayahku juga seorang bekas tentera...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...