Sunday, December 25, 2011

Duhai muslimah..




~✿..Wahai sahabat..sebelum kakimu MELANGKAH keluar rumah, berhenti sekejap..pandanglah di CERMIN ke seluruh tubuhmu yang memikat..andainya rambutmu TIDAK DITUTUP cantik berikat..tudungmu terlalu SINGKAT, bajumu JARANG dan ketat..seluarmu begitu sendat..betis dan lenganmu dapat DILIHAT…

FIKIRKAN sejenak..
“Bagaimana jika aku DILANGGAR nanti..terdampar di tepi jalan yang tidak pernah sunyi..DISAKSIKAN mata-mata yang memerhati..Malaikat Izrail menjalankan tugas yang diberi, memisahkan roh daripada jasadku sendiri dan aku…MATI? belum sempatku BERTAUBAT pada Ilahi, pastinya dosaku tidak diampuni..merana dan TERSIKSALAH diri ini, di dalam neraka yang kekal abadi..kerana INGKARKU pada Allah Ya Rabbi..mampukah aku menahan diri..dipukul, disiksa tanpa henti, kerana salahku sendiri? KEJAMNYA aku ini kerana MENZALIMI diri sendiri..” ✿~

Friday, December 23, 2011

1 hari sana 1 hari sini

1 HARI akhirat = 1000 TAHUN dunia

1 TAHUN akhirat (365 HARI akhirat x 1000) = 365,000 TAHUN dunia

1 waktu solat= 80 tahun akhirat = 29 200 000 tahun dunia. (80x365x1000)
2 waktu solat= 160 tahun akhirat = 58 400 000 tahun dunia. (160x365x1000)
3 waktu solat= 240 tahun akhirat = 87 600 000 tahun dunia. (240x365x1000)
4 waktu solat= 320 tahun akhirat = 116 800 000 tahun dunia. (320x365x1000)
5 waktu solat= 400 tahun akhirat = 146 000 000 tahun dunia. (400x365x1000)

SEKALI tidak solat dah dekat 30,000,000 tahun kena azab.

SEHARI tidak solat dah dekat 150,000,000 tahun kena azab.

SETAHUN tidak solat dah berapa? 53,290,000,000 (53.29 billion tahun dunia)

lagi?

Still boleh relax2 sebab anggap kalau kita Islam ni, lepas kena azab je terus masuk syurga???

BARU DUA SAAT SENTUH API PUN TAK TAHANN!!!!!

sama-sama muhasabah.. ^_^

wallahua'lam

Sumber dari


Saturday, December 10, 2011

Gerhana bulan penuh

Rebut peluang solat sunat gerhana malam ini


FENOMENA gerhana bulan penuh yang akan disaksikan malam ini bermula jam 7.30 malam pasti ada kelebihan padanya dan kita disarankan merebut peluang yang datang untuk meningkatkan ketakwaan serta mendekatkan diri kepada Allah.

Seperti kebiasaan, Masjid Negara dan masjid serta surau di kebanyakan tempat menganjurkan solat sunat gerhana bulan yang diikuti dengan khutbah untuk mengajak umat Islam menghargai kesempatan diberi Allah melihat akan kekuasaan-Nya.


Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni, berkata solat sunat gerhana bulan adalah sunat muakad, amalan sunat yang sangat dituntut sempena berlakunya peristiwa yang jarang-jarang sekali terjadi.

Justeru, katanya, kesempatan melihat sendiri fenomena yang boleh melahirkan rasa takjub terhadap kekuasaan Allah itu dihidupkan dengan menunaikan solat sunat secara berjemaah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak dinafikan jika dulu apabila berlaku gerhana bulan, ada yang melakukan perkara khurafat atau amalan bertentangan syarak tetapi kini fahaman itu tidak ada lagi. Oleh itu, sebaiknya apabila melihat fenomena yang jarang berlaku ini kita mengambil hikmah serta pengajaran daripadanya.

Apabila dikatakan bulan gerhana, bermakna bulan sakit dan sepatutnya keadaan itu mengingatkan kita kedudukan dunia yang semakin tua atau menghampiri kiamat. Walaupun kita tidak tahu bila berlakunya kiamat, persediaan mesti dibuat secara berterusan, katanya.
Beliau berkata, peluang yang diberikan kepada manusia termasuk melihat perubahan atau pergerakan cakerawala boleh mendorong mereka memikirkan keajaiban yang berlaku serta kepentingannya dalam kehidupan di dunia ini.

Ehsan berkata, Jun lalu Masjid Negara dengan kerjasama Planetarium Negara menganjurkan solat sunat gerhana dan khutbah khas sempena peristiwa itu dan jemaah turut berpeluang melihat sendiri perubahan berlaku menggunakan kemudahan disediakan pihak Planetarium Negara.

Katanya, Masjid Negara akan mengadakan solat sunat gerhana dan khutbah khas sempena fenomena gerhana bulan penuh dan orang ramai dijemput hadir ke program berkenaan sebagai tanda kesyukuran dan menginsafi kejadian alam kurniaan Allah.

Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada Jun lalu. Gerhana bulan penuh yang akan berlaku malam esok sudah menepati jangkaan ia akan berlaku sekali lagi pada Disember ini.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik saja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Jika gerhana yang lalu berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut (bagi orang Islam) cara-cara menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sila klik http://www.islamituindah.my/cara-solat-sunat-gerhana-bulan


Subhanallah...sungguh indah ciptaan Allah :)

Friday, December 9, 2011

Allah selamatkan Sultan Kedah..:)

DAULAT TUANKU - Pelantikan Sultan Abdul Halim sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14 pada 13 Disember ini melakar sejarah istimewa apabila baginda muncul Sultan pertama di Malaysia yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima (1970 - 1975).

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi YDPA kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.


Daulat Tuanku,

Allah selamat Sultan Mahkota

Berpanjangan usia di atas Takhta,

Memelihara ugama Nabi kita,

Negeri Kedah serata-rata..


Wednesday, December 7, 2011

Heart..



Subhanallah..indah sungguh ciptaan Nya..my Heart^_^

Tuesday, December 6, 2011

Makhluk Allah yg bergelar Anjing

Kita sering merasakan anjing adalah haiwan yang kotor kerana telah tersebut akan hakikat najisnya ia dalam syara'. Namun begitu terdapat sifat mulia yang ada pada anjing yang ramai daripada kita tidak tahu. Sesudah anda membaca entri ini, mungkin anda boleh berfikir dan mengambil ibrah (pengajaran) daripadanya. Mungkin juga sifat pada anjing ini lebih baik dari kita sebagai seorang Muslim. ! Anda tidak akan mempercayainya sehingga anda membaca nukilan ini. Sungguh wahai saudaraku, tidaklah Allah menciptakan sesuatu makhluk melainkan tiada suatu pun yang sia-sia dan ia menjadi pelajaran buat mereka yang berfikir.


Kisah ini diceritakan dari Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama : Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh dimana mereka tidak berada dalam keadaan terlalu kenyang. Malah sering pula berpuasa.

Kedua :Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah. Sering berhijrah ke tempat atau arah yang lebih baik baginya dan Rabbnya.

Ketiga :Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga. Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah. Di saat orang dibuai mimpi indah, dia bangun bersengkakng mata bermunajat dan mencari redha Khaliq.

Keempat : Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris. Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud. Tidak terikat dengan kesenangan dunia. Apa yang ada digukan dengan sederhana. Tidak pernah tergila-gilakan mencari harta dunia seperti kita semua.

Kelima :Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. idak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian. Sabar itu menjadi tunjang atau tulang belakang dirinya.

Keenam :Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong. Tidak berharap kepada kemewahan semata-mata, tidak pula mencela dengan kemiskinan dan kesusahan.

Ketujuh :Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t. Bersyukur apa yang dikurniakan Allah kepadanya.

Kesepuluh :Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah. Tidak terikat dengan kesenangan, dan tidak pula memandang tinggi pada kesenangan duniawi.


Bagaimana dengan kita
semua wahai saudaraku?
Fitrahnya kita adalah khalifah ..
di muka bumi Allah
Namun adakah sifat mulia
pada makhluk Allah
bernama Anjing ini
dimiliki oleh kita???
fikirlah sejenak, dan ambil lah pelajaran
buat orang-orang yang berfikir..


Sumber dari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...