Thursday, December 31, 2009

Wanita yang Tidak Akan Masuk Syurga

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ, وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ, لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

"Dua kelompok ahli neraka yang belum saya lihat: sebuah kaum bersama mereka cambuk-cambuk seperti ekor unta, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Wanita-wanita ini tidak masuk syurga dan tidak pula mencium bau syurga, padahal baunya syurga dapat dihidu sejauh perjalanan sekian sekian". (Hadits Riwayat Imam Muslim)

Pada hari ini fenomena wanita berpakaian tetapi bertelanjang ada di mana-mana, termasuklah wanita-wanita muslimah yang berpakaian tapi telanjang. Yaitu wanita-wanita yang mengenakan pakaian yang ketat, pakaian yang tipis dan pakaian yang terbuka, yang menampakkan daerah-daerah fitnah (yaitu aurat yang seharusnya ditutupi) yang banyak kita ditemukan. Serta apa yang mereka perbuat terhadap kepala-kepala (rambut-rambut) mereka sehingga tampak umpama seperti pundak unta.

Allah dan RasulNya shallallahu 'alaihi wasallam telah mengancam mereka bahwasanya mereka tidak akan masuk syurga serta tidak mencium wangi syurga.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA

Friday, December 25, 2009

7 Huruf Hijaiyyah dalam Surah Al-Fatihah

Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab).

Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Jim, kha', Zai, Syin, Zho' dan Fa'. Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut.

Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama'.Ulama' membahagikan huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah (gemerlapan/kilauan) dan Huruf Zulmaniyyah(kegelapan/kesuraman).

Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod, Ra', Alif, Tho', 'Ain, Lam, Ya', Ha'(baca nipis), Qaf, Nun, Mim, Sin, Kaf dan Ha'. Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah.Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu :


a)14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah

b)7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah

c)7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah.


Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir).


Maksud fiman Allah: "Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah" - Surah Faatir : ayat 32


Monday, December 7, 2009

6 Anggota Yang Berfungsi Semasa Berdoa

Semasa kita berdoa kepada Allah s.w.t,
ada 6 anggota badan kita yang turut sama2 berfungsi,
menjalankan tugas mereka dalam mengabdikan diri kepada pemilik Hati ini..

1.Tangan
Tangan befungsi, ditadah dengan rasa rendah diri, mengharap keampunan, kasih sayang, keredhaan dari Allah.

2.Mata
Mata berfungsi dan mencari salah satu titik yang berada di tangan. Fokus, dan pandang pada titik tu.

3.Mulut
Mulut membisikkan bicara-bicara yang ingin dipanjatkan kepada Allah.

4.Telinga
Telinga mendengar bisikkan-bisikkan tersebut.

5.Otak
Otak membayangkan setiap patah2 perkataan yang diungkapkan. Membayangkan dosa2 yang dilakukan.

6.Hati
Hati berperanan dalam menghayati setiap patah perkataan yang diungkapkan.

InsyaAllah, dengan bantuan 6 anggota badan ini, kita akan berasa khusyuk dalam berdoa kepada Allah s.w.t..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...