Thursday, July 28, 2011

Para pencariMU...

di saat manusia sedang alpa dengan nikmat dunia yang sementara ini
di saat pelbagai bencana dan bala daripadaMu menimpa bumi yang tua ini
di saat hiburan melalaikan seperti adat yang tidak dapat dipisahkan
di segala makhlukMu yang menegenaliMu sentiasa bertasbih
di saat segala bayi yang baru dilahirkan menangis kerana takut kepadaMu
di saat para malaikat sentiasa bertasbih menyucikanMu daripada segala kekurangan
di saat para waliMu meninggalkan tidur hanya keranaMU

Engkau berilah kepada kami taufiq dan hidayah menuju jalanMU
Engkau kurniakan kepada kami akal yang disinari wahyuMU
Engkau jadikan kami golongan yang ikhlas hanya keranaMU
kamilah para pencariMU Ya ALLAH
mencari rahmat dan kasih sayangMU yang agung itu
kamilah yang merindukanMU Ya ALLAH
TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG LURUS UNTUK TAMBATKAN LANGKAH INI

Monday, July 25, 2011

teka teki pembinaan piramid..

Al-Quran menjawab teka teki pembinaan piramid ...
Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.

Para ilmuwan mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam memproses tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi perkara yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang ditinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah liat.

Dan dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Ini kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku perapian yang dipanaskan dengan wap air garam dan berhasil membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah menurut ukuran yang diinginkan tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan menemui jejak reaksi cepat yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur.

Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.


Dengan kaedah pembuatan batu besar melalui cara ini, seorang profesor memerlukan waktu sepuluh hari hingga mirip dengan batu aslinya.

Sebelumnya, seorang ilmuwan Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid.

Ia pun berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”


Penemuan oleh Profesor Prancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan waktu sekitar dua puluh tahun.

Satu kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).

Sekeping gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran ilmiah mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada pengecoran batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam peradaban yang berbeza baik Rom atau Firaun!

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawaban

Jika difahami lebih dalam, ternyata Alquran telah mengungkapkan hal ini 1400 tahun sebelum mereka mengungkapkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran berikut ini:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam peradaban tinggi pada masa itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mengungkapkan rahsia pembinaan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi SAW tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, malah mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi SAW ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satupun di muka bumi ini pada waktu itu yang mengetahui tentang rahsia piramid.

Sebelum ini, para ilmuwan tidak yakin bahAwa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW, berbilang tahun setelah berakhirnya dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan.........TANAH LIAT

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya dikemudian hari!!

Subhanallah! Sungguh suatu perkara yang hanya dapat difahami oleh orang orang yang bukan sekadar berakal, tetapi juga mempergunakan akalnya
sumber fb Halal dan Haram dlm Islam

Sebuah Erti kesabaran...

Cerita ini berlaku di suatu kampung di mana tinggal seorang ayah bersama anak lelakinya. Si ayah merupakan serang ahli ibadah yang begitu taat kepada Allah tetapi mempunyai anak lelaki yang panas baran.

Pada suatu hari si Ayah menemui satu idea untuk mengubah anaknya. Si Ayah memberikan kepada anak lelakinya sekantung penuh paku dan menyuruh memaku satu batang paku di pagar pekarangan setiap kali dia kehilangan kesabarannya atau berselisih paham dengan teman atau sahabatnya.

Hari pertama dia memaku 37 batang di pagar. Pada minggu-minggu berikutnya dia belajar untuk menahan diri, dan jumlah paku yang dipakainya berkurang dari hari ke hari. Dia pun sadar bahwa ternyata lebih mudah menahan diri daripada memaku di pagar.
Akhirnya tiba hari ketika dia tidak perlu lagi memaku sebatang paku pun dan dengan gembira disampaikannya hal itu kepada ayahnya. Ayahnya kemudian menyuruhnya mencabut sebatang paku dari pagar setiap kali bila dia berhasil menahan diri/bersabar.
Hari-hari berlalu dan akhirnya tiba harinya dia bisa menyampaikan kepada ayahnya bahwa semua paku sudah tercabut dari pagar. Sang ayah membawa anaknya ke pagar dan berkata,
“Anakku, kamu sudah baik, tetapi cuba lihat berapa banyak lubang yang ada di hadapanmu? Lubang di pagar ini tidak akan kembali seperti semula.

Kalau kamu berselisih paham atau bertengkar dengan orang lain, terutama teman dan sahabatmu, hal itu selalu meninggalkan luka seperti pada pagar ini. Kamu boleh menusukkan pisau di punggung orang dan mencabutnya kembali, tetapi akan meninggalkan luka.

Tak peduli berapa kali kamu meminta maaf atau menyesal, lukanya akan tetap tinggal. Luka melalui ucapan sama perihnya seperti luka fizikal.”

p/s: Berfikir sebelum berkata-kata, kerana terlajak perahu boleh diundur, tetapi kalau terlajak kata, badan binasa.

ihsan dari murabbiy

Friday, July 22, 2011

Recharge IMAN..


~ “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)

~ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anuge- rahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi (Surah Faathir ayat 29)

Wednesday, July 20, 2011

Dunia dari kacamata seorang bujang..


p/s: bak kata pepatah sendirian berhad...
"Single is Simple until your Married..."
HEHE(ketawa sopan)..

credit to Blogserius

Sayang ketat-ketat...

saya; u sayang i?
awak; mestilah,,sayang sangat-sangat,,ketat-ketat!
saya; sayang u juga,,aishiteru u ♥
awak; aishiteru too u,,muahh!! ♥
syaitan; AISHITERU U BERDUA!!!HAHAHA!!!!
Petikan dari fb Bercouple itu haram

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"
(Surah Yaasin ayat 60)

Sunday, July 17, 2011

Sya'ban

Nama saya Sya'ban, Saya ingin mengingatkn anda bahawa jiran saya, Ramadhan
akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2
orang anaknya, Sahur dan Iftaar. Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat,
Keampunan dan Barakah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat AidilFitri
Airlines. Hargai mereka, & anda akan mendapat berkat.

InsyaAllah..Amin ya rabbalalamin
Ramadhan,kami tunggu kemunculam mu ♥

Sunday, July 10, 2011

Ambik kesempatan..

Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!

Kemudian bapanya berjumpa Bill gates

Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!

Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia

Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!

p/s: This is how business is done!!pusing terbalik je...ciss
Mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain dengan penipuan dan helah.
Ish3...Nauzubillah

Saturday, July 9, 2011

Nah ambekk....


p/s: *mood bengang..

Thursday, July 7, 2011

Buuurung...

1979

Osman : Burung apa?
Bapak : Burung Murai
Osman : Burung apa?
Bapak : Burung Murai
Osman : Burung apa?
Bapak : Burung Murai
Osman : Burung apa?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! (Si bapak menampar~!)

Osman : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!! (meleleh air mata)
Bapak : Besok kalau Allah kasi betul-betul telinga Osman tuli baru Osman tahu! Udah udah!!! Jgn permainkan orang tua-tua... tak baik!!!!

......................................................................................................................................................................................................................

2009

Papa : Burung apa?
Daniel : Burung Murai
Papa : Aa aa ye ye burung Murai

Daniel : Eh!!Kenapa papa tak ulang-ulang tanya ye? Masih power telinga papa ni ye.
Papa : Yer! Masa dulu kalau arwah datuk Daniel panggil papa suruh ke kedai ke apa, sekali panggil jer abah dah menyahut. Abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam Daniel selalu buat masa kecik-kecik. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer, jadi alhamdulillah,telinga papa ni Allah kasi clear sampai sekarang!

Daniel : Oooo...(slamat la pipi aku)



p/s: bezanya anak dulu dan sekarang...hehe..(^_^)’
renung renungkan..

Saturday, July 2, 2011

Belajarlah...


Belajarlah memaafi kalau ingin di maafi,

Belajarlah memahami kalau ingin di fahami,
Belajarlah menghormati kalau ingin di hormati ,

Belajarlah menghargai kalau ingin di hargai,
Belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi,
Belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi..

p/s: ilmu umpama lautan yg laus..
belajarlah dan tuntutlah ilmu sebagai bekalan di dunia yg sementara dan juga akhirat yg kekal abadi...^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...