Sunday, February 27, 2011

Macam macam kaler...









p/s : ni sewaktu melepakkan diri di Dataran Merdeka menghirup udara segar dikala assignment dan test melanda,hehe...sempat jugak capture gambar keindahan menara jam ini...Baru ku tahu macam macam kaler boleh di'display' kt menara tu...boleh tahan jugak kombinasi kaler2 tu...terkesima sebentar...

Subhanallah...cantik amat...:)




Friday, February 25, 2011

Ishhh...Budak budak zaman sekarang

Budak-budak sekarang dah manja. Ibu-bapa sering saja pening kepala, duit cukup dan berharta pun tak guna, sebab semua dihabiskan anak-anak yang manja. Hujan lebat sikit dah sambung tidur lena, sebab dah tau tak boleh sekolah nak buat macamana?. Padahal sekolah sekangkang kera sahaja. Tambahan pula ada motor dan kereta, jadi budak-budak ni sebenarnya mengada-ngada.

Budak-budak sekarang dah manja, tengok kawan lain pakai henpon dia pun nak guna, ditanya ayah kamu nak buat apa?, lalu dijawab senang nak telefon kalau ada apa-apa. Dibeli si ayah henpon nokia biasa, ditolaknya si anak sebab nak yang berkamera. Ditanya lagi siayah kau nak telefon ke nak buat apa?, dijawab si anak nanti malu dengan kawan-kawan yang lagi canggih darinya

Budak-budak sekarang dah manja, kena tegur sikit muka dah masam mencuka. Tarik hidung tarik muka sampai ke besok lusa, sebab ayah lambat ambil kat sekolah je halnya


Budak-budak sekarang dah manja. Sehari belanja sekolah sampai RM5, tu belum campur kat skolah agama. Apa yang dijual kat sekolah semua mewah belaka, nugget, sosej dan burger itu dibelinya. Mak pesan bawak bekal haram dibuatnya, yela nanti nampak dek awek mana nak letak muka?.


Budak-budak sekarang dah manja, cuti sekolah pergi CC saja, ayah dan mak dan mak tak boleh nak buat apa, yela anak kesayangan meraka la dia nya. Selalu ajak pergi kenduri asyik menolak sahaja, alasan yang diberi yang kahwin tu bukan kawan kita. Habis bila kau kawin nanti yang datang kawan-kawan kau sahaja ke?, kawan papa kawan mama tak payah tunjuk muka?

Budak-budak sekarang dah manja. Pergi kedai beli aiskrim pun nak bawak motor bapa. Padahal kedai tu jauhnya cuma depan mata, alasan panas nanti hitam la muka. Maklumla kecantikan kena jaga, nanti takde sapa nak tackel.

Budak-budak sekarang dah manja. Dapat no 3 periksa nak hadiah komputer. Hadiah baju baru dah tak main dah. Alasannya kita mestilah ikut peredaran masa, perlu ada akaun Facebook dan Twitter baru la nampak bergaya. Bila ayah tanya boleh tak taipkan surat kat komputer, jawapan diberi nak belajar tapi takde masa. Padahal komputer tu dah nak masuk tahun kedua. Akaun Facebook ada 1243 kawan semuanya, follower twitter ada beratus lah jua. Last-last belajar ntah kemana, duk mengadap komputer ntah buat apa-apa. Keputusan merosot setiap masa.


Budak-budak sekarang dah manja. Makan nak sedap aja. Ikan masin dan telur goreng dah tak dipandangnya. Syarat wajib ayam takpun dagung mesti ada. Sayur dah kompom tak makan punya, kalau ada pun sayur yang jenis lembut yang dipilihnya


Budak-budak sekarang dah manja. Generasi terbilang dah hilang kilatnya. Semua remaja pakat nak bebas saja. I dan U istilah biasa, konon hebat BI padahal meraban ntah apa-apa. Lelaki perempuan bercinta dah memang lumrah manusia, tapi kalau umur 14 tahun nak bercouple apa kejadahnya? ayah dan mak rilek aja. Maklumlah mereka kan sporting orangnya. Anak emas ditatang sepenuh nyawa, akhirnya menconteng arang dimuka.


Budak-budak sekarang dah manja. Tak macam dulu Malaysia lebih bermakna, berbanding Malaysia sekarang yang ramai orang manja. Kalau dulu Jepun serang kita bersiap sedia. Kalau kali ni diserang kita menyorok dalam selimut jela

Siapa setuju kenyataan diatas sila angkat tangan macam saya ye....hehe...
p/s: pengaruh usup wilca dalam antu kak limah balik kampung..:P

Wednesday, February 23, 2011

Untukmu....

KHAS UNTUKMU.... *_^


Mengintai kejora dimalam hari
Hanya kelihatan menjelang pagi
Terimakasih sahabat kerana memahami
Segala kelemahan diriku ini

Suara si pungguk mendayu-dayu
Memuja bulan tak pernah jemu
Biar di dunia kuhimpun rindu
Di akhirat sana kupohon bertemu

Anak haruan mati terperangkap
Jangan keli dikatakan sepat
Padamu sahabat daku berharap
Di sudut hatimu namaku terpahat

Yang merah itu dikatakan saga
Yang indah itu dikatakan bahasa
Bagaimana akhirnya persahabatan kita?
Mampukah meruntun hingga ke Syurga?

Meleret senyum manis di bibirmu
Hilanglah duka terpancar rindu
Ku ukir namamu di dasar qalbu
Ukhwah fillah menjadi dambaku

Indah sungguh bunga di t aman
Disusun orang buat jambangan
Ingin kuselam hatimu teman
Begitu sukarnya mencari jawapan

Merenung langit di kala senja
Mengharap fajar akan menjelma
Padamu Tuhan kupanjatkan doa
Persahabatan ini subur selamanya



THNX FOR EVEYTHNG & PLEZ FORGIVE ME IF I HURT YOUR HEART (^_^)


Sunday, February 20, 2011

Janganlah marah ye.....

"Janganlah marah, gurau pun tak boleh?"

Begitulah kata-kata yang sering kita dengar apabila seseorang itu mengeluh selepas menjadi mangsa gurauan berlebihan dari kawan sendiri. Sebenarnya, tidak salah untuk kita bergurau atau berjenaka dengan kawan-kawan kita, tapi perlulah berpada-pada.

Bergurau boleh dikatakan perbuatan kelakar melalui perbuatan, kata-kata dan sebagainya. Ia boleh mengembirakan atau dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Menurut pandangan Islam, perbuatan yang boleh membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"
(Riwayat Abu Daud)


Dalam Islam telah digariskan adab-adab untuk kita bergurau agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.

1. Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
2. Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
3. Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
4. Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
5. Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
6. Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
7. Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Wallahualam...saya sekadar berkongsi...:)

Monday, February 14, 2011

Kekasih Allah...

Cintaku padaMu Rasulullah S.A.W setiap hari
Wahai Kekasih Allah...



Ya Rasulullah
Raihan

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

p/s : kadang2 sebak bila terdengar lagu ni...
Pakat pakat kita selalu mengingati Rasulullah dengan berselawat kpd Baginda sebagai tanda kecintaan yang tinggi kepada Junjungan Besar kita ini...^_^

Saturday, February 12, 2011

kEmeNanGan dErBy

tetiba je nk post gambar ni...
bagi sesiapa para peminat kelab ini
bolehlah contact saya ye utk mendapatkan keterangan lanjut...
p/s : credit to someone who re-design this badge

...GLOORY GLOORY...

Wednesday, February 9, 2011



Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
(petikan lagu Inteam - Impian Kasih)

sejuknya mata
lapang hati
subur fikiran
teguh iman

Insyaallah kaum HAWA selamat dunia dan akhirat...^_^

Thursday, February 3, 2011

Errrrr....

(Watak sizuka dan nobita di dalam kisah ini tiada kena mengena dgn cerita kartun doraemon)

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..

awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..

tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu???

Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu???

Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

Peringatan utk semua dan diri ini yg sentiasa hanyut dgn godaan syaitan...
Semoga kita semua kembali kepada Allah s.w.t~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...