Thursday, December 6, 2012

Kisah sedih seorang ibu :(




Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin

Tuesday, December 4, 2012

Start bila sebenarnya

Seorang lelaki berjumpa dengan seorang ulama sambil membawa anaknya yang baru dilahirkan. Lelaki itu bertanya kepada ulama tersebut mengenai cara mendidik anak. Berkata ulama tersebut,

"Kamu terlewat. Proses mendidik anak bukanlah bermula daripada anak ini dilahirkan. Ia sebenarnya bermula daripada proses memilih Ibu yang berIman untuk anak ini.."

Monday, December 3, 2012

Ibu dan bapa kita

*Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
*Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
*Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
*Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
*Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
*Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

*Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
*Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
*Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
*Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
*Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
*Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.





"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Surah Al Isra' - Ayat 24







Doa dua ibubapa
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa seorang diri
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa)kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanyamendidik kami pada waktu kecil.
3. Anda menjadi imam orang lain.
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) keduaibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.
Credit kepada fb Azim Ismail dan ibnrajab atas perkongsian ini,Jazakallah :)

Wednesday, November 21, 2012

Last exam Paper


last exam paper di alam universiti ini
In shaa Allah,semoga dipermudahkanNya,
cayyok amir cayyok ^_^

Sunday, September 16, 2012

Hari Penting 16/9

Tanggal 16 September...


Selamat Hari Malaysia yg ke 49 Tahun
Syukur Alhamdulillah atas segala limpah kurniaNya
Negara Malaysia yg tercinta
Tanah tumpahnya darahku
Aman dan sentosa
Semoga berkekalan hingga ke anak cicit
Amin

Selamat Hari Jadi Mama
Anak Hari Malaysia
Mama yg tersayang dilahirkan
Genap 47 tahun usia beliau
Bertuah sungguh dpt cuti hari ini

Semoga Mama panjang umur
Semoga Mama dimurahkan rezeki
Semoga Mama sehat2 selalu
Semoga Mama diberkati hidup dan umurnya
Anakmu mendoakan yg terbaik buat Mama
Amin
Yg melahirkan aku kedunia ini
Alhamdulillah syukur

Selamat Hari Jadi Malaysiaku tercinta
Selamat Hari Jadi Mamaku tersayang ^_^

Thursday, August 9, 2012

Jawapan Allah dalam Al Quran



Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab: 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).

Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?

Al Quran Menjawab: 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

Al Quran Menjawab: 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

Al Quran Menjawab: 
"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

Al Quran Menjawab: 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?
Al Quran Menjawab: 
"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

Al Quran Menjawab: 
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

Al Quran Menjawab: 
"...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 87) 

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?
Al Quran Menjawab: 
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

KESIMPULANNYA

Firman Allah maksudnya : 
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22) 

Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya : 

"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " 
(Surah Yunus ayat 61)



Sumber DrSoul's Quotes 

Tuesday, July 31, 2012

Wasiat Rasulullah S.A.W kpd puterinya Fatimah

10 Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra


1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.


2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya de
ngan neraka tujuh tabir pemisah.

3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul 
mustakim dengan mudah. 


Wallahualam :)


Sumber fitrahislami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...