Saturday, June 27, 2009

A Tribute To Michael Jackson, The King Of Pop




Mikaeel - Islamic name

Sebelum memulakan tribute(penghargaan)kepada Raja Pop, Michael Jackson,ingin menjawab persoalan mengenai agama Michael Jackson terlebih dahulu.

Berikut adalah petikan kata-kata daripada abang Michael Jackson sendiri, Jermaine Jackson:-

May Allah be with you, Michael, always.

Rasa-rasanya memang betullah yang si Michael ini beragama Islam. Lagipun apabila funeralnya akan dilakukan secara private, berkemungkinan besar disebabkan akan dilakukan secara Islam. Jadi famili Michael taknak ada coverage besar-besaran pasal pengebumian.

Tapi media Barat semestinya tak akan kecohkan tentang fakta yang Michael Jackson seorang Islam. Maklumlah diorang pun agenda diorang sendiri. Jadi rasanya tak salah untuk kita sedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang kawan Muslim kita. Semoga roh Michael Jackson ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Michael Jackson mula menyanyi sejak berumur 4 tahun lagi. Pada awalnya MJ popular bersama kumpulan Jackson 5 dan seterusnya mula mengorak langkah untuk membina nama sebagai Raja Pop. MJ adalah pencipta kepada tarian Moonwalk(yang jalan ke belakang tue), pemegang rekod jualan album paling banyak (65 juta) dan merupakan antara artis pertama yang mengaplikasikan tarian dalam nyanyian.

Pernah datang ke Kuala Lumpur untuk tour, antara lagu-lagu popular MJ ialah Black and White, Smooth Criminal, You Are Not Alone, Thriller, Beat It dan banyak lagi. Pernah mengeluarkan 5 album selepas bergerak solo, kelebihan MJ ialah keunikan cara tarian dan kehebatannya semasa melakukan konsert.

Impak MJ kepada dunia pop sangat besar sehingga dikatakan mempunyai pengaruh yang sama besar dengan Elvis Presley. Kehebatan MJ terbukti apabila memperolehi hampir 100 juta setiap tahun untuk lagu-lagu beliau walaupun sudah lama tidak membuat album baru.

Perancangan terakhir MJ sebelum meninggal dunia ialah untuk membuat konsert bergerak bermula di London. Ternyata impian beliau tidak kesampaian kerana Dia lebih menyayangi MJ. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...