Tuesday, January 18, 2011

Renungan buat kita...

"teman yang paling baik adalah apabila kita melihat wajahnya teringat Allah SWT, mendengar kata-katanya bertambah ilmu, melihat gerak-gerinya teringat KEMATIAN"


Mudah untuk menjadi jahat,
Tetapi sukar untuk menjadi baik;
Mudah untuk menjadi bodoh,
Tetapi sukar untuk menjadi cerdik;
Mudah untuk menjadi hodoh,
Tetapi sukar untuk menjadi cantik;

Tidak semua apa yang kita inginkan akan menjadi kenyataan,
Kita perlu mengorbankan sesuatu untuk memiliki sesuatu,
Kadangkala kita akan berasa bosan dengan kebenaran,
Perkara yang terbaik ketika itu adalah bersendirian,

Memikirkan serta bicara dalam diri,
Bertanya pada akal, rasa dan hati,
Membenak dalam satu penaakulan,
Mencari makrifat,
Siapa kita sebenarnya?…

Bertanya pada diri sendiri,
Selepas ini kita ke mana?
Di manakah suratan hidup kita?
Terpahat di balik langit yang lebar itukah?
Atau terserak di dasar samudera?

Apakah yang akan kita lakukan ketika kita mempunyai waktu lapang,
Siapakah yang kita akan cari ketika kita berasa bosan,
Bagaimanakah cara kita mendekatkan diri kepadaNya,
Bilakah kita akan sedar…


"buat tatapan sebagai peringatan menuju kejayaan"




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...