Friday, April 1, 2011

muslimah SOLEHAH..

Muslimah solehah itu bidadari
tersimpan kemas dalam syurga Ilahi
tidak tersentuh oleh manusia rakus mahupun jin
bersih, suci menjaga diri

Muslimah solehah itu bidadari
dirinya mahal tidak mampu dibeli
hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti
maka siapa yang menolak ketinggian ini?

Lembut wajahnya nur ibadah
sopan langkahnya memancar hasanah
malunya perisai mengangkat darjah
fikrahnya jelas, prinsip Ilahi tidak tergugah

Muslimah solehah itu bidadari
bidadari syurga yang wujud di dunia ini
yang akan melahirkan anak-anak akhirat
mentarbiyah mereka dengan didikan syurgawi

Muslimah solehah itu bidadari
bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki
tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi
dan apakah yang kamu wahai perempuan sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?

Hilal Asyraf~

3 comments:

Cahaya Petunjuk@Bukti said...

subhanallah.....huhuhu

amiraizuddin said...

~ Muslimah Solehah itu bidadari..
Dirinya mahal tidak mampu dibeli..
Hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti..
Maka siapa yang menolak ketinggian ini?.. ^_^

Cahaya Petunjuk@Bukti said...

muslimah solehah itu bidadari
bkn utk dcari-cari atau dipuja lelaki ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...