Sunday, May 22, 2011

kita(kebanyakan) dan FACEBOOK..

Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat sahabatku sekalian..

Renung renungkan..

1 ) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan masa banyak dengan FB. Kemanisan untuk beribadah kian hilang. Kelazatan dan kenikmatan membaca Al-Quran, mendirikan solat wajib, berzikir dan lain-lain amalan soleh tidak lagi menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan. Bahkan, terasa akan kehambarannya. Pernah, salah seorang rakan saya menasihati saya : “ Tanda kita hilang kemanisan beribadah, kita tidak rasa pentingnya solat berjemaah!,”

(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke”facebook”an. Susah sangat-sangat. Dalam hati, tidak mengapa – awal lagi. Kita teruskan dengan dunia FB. Sehinggakan, kita tersentak – waktu solat tinggal beberapa minit sahaja lagi!

(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB. Sayangnya kita dengan FB membuatkan kita begitu ghairah menerokai kecanggihan, fungsian dan apa sahaja tentang FB walaupun tiada tidak memberikan apa-apa manfaat buat diri kita. Pernah saya jumpa seorang student, daripada pagi sehingga subuh keesokannya berhadapan dengan laptop. Bila ditanya buat apa? – Melayari FB semata-mata!

(4) Kita semakin jarang membuka Al-Quran yang menjadi penguat ruhani kita. Jika dahulu, sempat menghadap Al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada ruh Al-Quran. Kita kata kita tidak sempat untuk mentadabbur Al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian. Awas, saudara-saudariku : berhati-hati dengan istilah kesibukan. Ia akan disoal dihadapan Allah SWT kelak.

(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab. Kita kian larut dengan teman hidup yang baru, namanya FB. Kita begitu asyik berdampingnya dengannya sehingga lupakan sesuatu yang lebih penting buat jiwa dan hati kita. Zikrullah, zikir-zikir yang menjadi penenang diri kian luntur dalam sebutan bibir dan hati – lama kelamaan jiwa kita gersang, kosong dan hampir mati.

(6) Assignment kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa : “ Saya sibuk dan tidak sempat.” Hal-hal yang lain, tugasan ditempat kerja, bertangguh-tangguh, bertimbun-timbun dan akhirnya kita tidak perform! Tepuk dada, soallah iman.

(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina. Bibit-bibit maksiat mulai mencemari kejernihan hati dan akhirnya kita tersangkut dengan cinta nafsu yang memberikan bintik-bintik hitam kepada jiwa.

(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita. Pada awalnya, kita rasa bersalah. Eh, tidak elok begini. Tergetus dalam hati. Namun, lama-lama suntikan jarum syaitan mulai membawa kepada bibit-bibit yang menyeronokan dan mengasyikan.

(9) Gambar-gambar yang dishare, ditag dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat. Gambar-gambar yang mendedahkan aurat, menghairahkan, membawa kepada fitnah dan sebagainya harus dielakan untuk diletak di dalam FB kita. Hati-hati dengan hal ini.


Nauzubillah..sama2 kita ambil ikhtibar dari kelalaian facebook ini..

Wallahualam..

sumber brohamzah

6 comments:

Merpati Puteh said...

terima kaseh sahabat

amiraizuddin said...

sama sama kita renungkan
buat diri sendiri dan juga sahabatku
welkam...

Cahaya Petunjuk@Bukti said...
This comment has been removed by the author.
Cahaya Petunjuk@Bukti said...

nauzubillah...betul stuju sokong...*_^

kbykknnya lalai ble berFB..xslh berFB tp jgn
smpai lari tujuan asl kte..utk ape berFB??sebarkn ILMU AGAMA??jd xslh bkn..mrptkn
silaturrahim??alhamdulillah tp bkn dgn bkapel aka 'brdua2an dlm FB tu??itu mmg SALAH! tayang pic sownok owg like??mmg SALAH! hmmm jgn pula lalai shgga ibadah harian kita semakin tumpul,syg bukan....
tepuk dada tnya iman....'APA NIAT SBNR KITA
berFB???' *_^

amiraizuddin said...

betul setuju n sokong..
ia bergantung kpd niat kita..

sesetengah org x bleh hidup tnpa fb ni..itu lah realiti zaman sekarang..

ttpai x mnjadi ksalahan jika kita gunakan medium ini sbagai penyampai DAKWAH atau Ilmu Agama utk para sahabat sekalian..
Wallaualam..^_^

Cahaya Petunjuk@Bukti said...

betul setuju n sokong.. *_^

bese la,zmn skrg,byk yg pliks2...xley on9 ssah aty sdgkn kte prlu ssah aty dgn amalan kte yg xckup utk dbekalkan ke hri akhirat nnty..nauzubillah..hmm

ye,pd sy xslh jika niat utk mnyampaikn Ilmu Agama...
Wallahualam..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...