Friday, December 9, 2011

Allah selamatkan Sultan Kedah..:)

DAULAT TUANKU - Pelantikan Sultan Abdul Halim sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14 pada 13 Disember ini melakar sejarah istimewa apabila baginda muncul Sultan pertama di Malaysia yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima (1970 - 1975).

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi YDPA kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.


Daulat Tuanku,

Allah selamat Sultan Mahkota

Berpanjangan usia di atas Takhta,

Memelihara ugama Nabi kita,

Negeri Kedah serata-rata..


1 comment:

DLaAMaya22 said...

amboihh... kuning di raja aihhhh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...