Sunday, January 1, 2012

2012


Alhamdulillah dipanjang kan umur ku,umur keluargaku,umur guru guru ku,umur sahabat sahabat ku semua,dengan izin Allah SWT.kepadaMU jua aku berserah dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan..

Perkembangan duniawi zaman sekarang yang semakin hari aku tengok semakin parah.Paling aku tidak puas hati terutamanya trend berfesyen muda mudi zaman sekarang..Adooi…tepuk kepala la…singkat,sendat dan padat..Memang aku akui,termasuk diri aku x sempurna kadang kadang lalai jugak dalam duniawi ni, aku cuma hamba Allah yang lemah…xpernah terlepas dari dosa..hambanya yang khilaf..sama sama la kita memperbaiki segala kelemahan diri dan meningkatkan amal ibadat kita..

Petikan dari keretamayat..

BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT)

SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..

****************************************************************

Huhu…memang la…betul orang cakap hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri(lebih baik negeri sendiri kn…hehe…pasti satu hari nanti aku berharap sangat akan bertapa di bumi sendiri…Duk di tempat orang mencari ilmu yang ditagih untuk mendapat segulung ijazah harapan abah dan mama…im promise(sambil angkat tangan)…lepas tu kerja pula but Rindu sentiasa di kampung halaman…

****************************************************************

Sory to say la…penghujung tahun ni..biasala banyak pihak pasti menganjurkan sambutan bersempena tahun baru akan datang kan…tapi itula manusia…yang itula dicari kadang kadang…malas nak cakap…keseronokan mengatasi akal fikiran manusia…boleh kirala berapa ramai yang menyambut sambutan tahun baru berbanding dengan menyambunt sambutan Awal Muharam atau Maal Hijrah kan…itulah realiti nya..

Sebab apa…ahhhh….gelora jiwa muda mudi kan…bagi mereka –alahh…kita muda lagi,chill la dlu,enjoy puas puas baru la bertobat kan…malam masih muda wacakap lu…haha..rilek la brooo…oyeahh kita enjoyyy-…

Kenapa semua ini terjadi..kenapa….huhu…adakah Iman yang semakin menipis atau pengisian rohani yg belum cukup atau kita ini masih muda lagi..(termasuk la diri aku ni…)Susah nak jawab tu…tapi bagi aku semuanya bermula dengan Akal yang Allah berikan kepada kita ini…Kita adalah diri kita,x boleh tukar dengan orang lain kan…Kat depan lain kat belakang lain..buat buat berlagak alim kan…itulah realitinya….Akal memainkan peranan yang penting untuk amalan hidup kita ini….Jiwa yang tenang menjamin akan yang sempurna…cewahhh… Semoga dunia ini dapat membendung maksiat dan musibah daripada berlakunya bala dan bencana dari Yang Maha Esa

****************************************************************

Aku suka dengan lagu Kotarayaku…teringat nyanyian Altimet feat Noh Hujan…so meaningfulness..apa yang berlaku sekitar ibu kota ini(tempat aku belajar sekarang ni)…hayati lahhh….ooooo….

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila-sila
Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur

Chorus
Oh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Di pijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura-kura
Bukan main-main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap *******
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur

*****************************************************************

Awat la dengan bola ni ek..bola apa bola sepak la..adooii…Addict betullah aku ni…maw x nya peminat setia MU katakan haha….tapi team lain juga like Chelsea,Aresenal,Liberpool,City n others aku layan jugak…gila dasyat…depan rumah je boleh tengok bola…(awatla cari dekat dengan kedai x taw,adooiii…dah nak dekat dengan kedai makan kan,boleh la senang mengcekik kat situ)…

Boleh pulak ada screen besar kat situ..memang layan la tengok bola dengan member2 yang diehardfans atau orang Melayu cakap kipassusahmati bola ni…3 pagi pun gua layan..oyeahh…Pernah jugak lepas abis game tu tengok tengok tok imam dah azan subuh dah…fuhh…memang dasyat la bro ni…Harapanku semoga semangat ke”bola”an ku tidak sampai melalaikan tuntutan dan suruhan Mu Ya Allah..

****************************************************************

Syukur la dapat teman seperjuangan yang selalu menyokong kerjaya saya sebagai seorang pelajar universiti ini…terima kasih kepada kawan ku semua..Tanpa kalian semua siapa la diri ku ini…Teman gembira senang dicari Teman menangis sukar ditemui….memang la…dan sedeykan siapa la nak selalu duduk dekat dengan kita…masa kita bergelak ketawa saja mereka boleh bergelak ketawa jugak kan…Thanks my friends,love you all…^_^

Teman yang baik adalah teman yang selalu berada di sisinya tak kita semasa kita susah atau senang.. ^_^

Bismillahhirrahmanirrahim.

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun2011 ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami semua.Bukakanlah lembaran baru kepada kami bagi tahun 2012 yang menjelma ini Ya Allah..Amin..

Subhanallah…Alhamdulillah..La Ilaha Illallah…Allahu Akbar…

Dengan kalimat mulia ini…Selamat datang Tahun Baru 2012

Ikhlas dariku amiraizuddin ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...