Monday, December 3, 2012

Ibu dan bapa kita

*Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
*Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
*Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
*Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
*Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
*Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

*Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
*Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
*Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
*Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
*Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
*Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.





"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Surah Al Isra' - Ayat 24







Doa dua ibubapa
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa seorang diri
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa)kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanyamendidik kami pada waktu kecil.
3. Anda menjadi imam orang lain.
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) keduaibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.
Credit kepada fb Azim Ismail dan ibnrajab atas perkongsian ini,Jazakallah :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...