Friday, August 21, 2009

Harapan Ramadhan

Artis :Raihan feat. Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

bila lagu ini-harapan ramadhan berkumandang,mengingatkan ku tentang satu bulan yang mulia bagi umat Islam iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak..Moga dapat ku lenturkan,Nafsu yang selalu membelenggu diri,Tiada henti-henti.Maksud yang amat mendalam kerana dengan berpuasa kita sebenarnya dapat mengelakkan perlakuan maksiat/dosa dosa..ramadhan kami tertunggu tunggu kemunculanmu dan akhirnya menjelma kembali..
Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...