Sunday, March 20, 2011

Kisah dalam kapal terbang..

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
Peramugari: (speechless)..tunduk malu...Tuan boleh gunakan tangki ini..minta maaf kerana mengganggu...

SOLAT ITU TIANG AGAMA
x kira,dimana,bagaimana dan mengapa
kerana ia merupakan satu keWAJIPAN kepada umat ISLAM

Renung-renungkan...

2 comments:

Cahaya Petunjuk@Bukti said...

~SOLAT ITU TIANG AGAMA~

Subhanallah....sgt mndlm & bermkna...
sme2 la kte renung2kn..:)

amiraizuddin said...

ye...sama2 kita renungkan ye...sbagai pedoman untuk kita bersama....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...